Masjid Ridzwaniah Kuala Kangsar

Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar, Perak.

Assalamualaikum,

Admin baru balik kampung di Kuala Kangsar ziarah opah.. sebelum sampai kampung, singgah zohor dulu.. tempat yang biasa admin singgah Masjid Ridzwaniah. Admin cerita serba sedikit mengenai masjid ini ok!
.

Dibina dalam tahun 1915 di zaman Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris Murshidul’adzam Shah,(1887-1916) Sultan Perak yang ke-28. Binaan asal masjid ini berbentuk ruang besar lapan segi dengan sebuah kubah besar dan mempunyai sebuah menara berbentuk empat segi. Semenjak ia dibina, Masjid Ridzuaniah telah mengalami beberapa pindaan dari segi struktur bangunannya. Semasa zaman Al Marhum Sultan Iskandar, hanya diperbesarkan bagi menampung bilangan jemaah yang bertambah. Ketika itu masjid ini dapat memuatkan kira-kira 600 orang jemaah sahaja. Manakala pada zaman pemerintahan Sultan Idris Shah II pembesaran  masjid ini dilakukan lagi. Sehingga pada tahun 1968 masjid ini dapat menampung kira-kira 1,000 orang jemaah di sekitar Pekan Kuala Kangsar.

Pada tahun 1980-1981 Masjid Ridzwaniah telah bertukar daripada bangunan yang asal ke bangunan baru. Pembinaan masjid baru ini adalah semata-mata untuk memberi keselesaan kepada masyarakat Islam di daerah Kuala Kangsar menunaikan ibadah. Ini adalah kerana bangunan maasjid yang asal tidak dapat menampung bilangan penduduk yang kian meningkat.

Masjid Ridzwaniah hari ini merupakan masjid yang istimewa berbanding dengan masjid yang lain di daerah Kuala Kangsar. Ianya mempunyai beberapa kemudahan seperti mempunyai bilik mesyuarat, Pejabat dan juga kemudahan-kemudahan yang lain. Oleh kerana keistimewaan tersebut dan masjid ini merupakan masjid yang terbesar di daerah Kuala Kangsar, ianya telah dijadikan Masjid Daerah yang dikelolakan oleh Kerajaan Negeri.

Rujukan: Arkib, history

.
Bonus : masjid ini antara yang mengutamakan keselesaan pengunjung dan jemaah. Ruang solat yang luas, telekung yang bersih dan tandas bertaraf ‘5 bintang’ ! ? .
**************

 

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookVisit Us On PinterestVisit Us On YoutubeVisit Us On Instagram