Skip Challenge / Pass-out Challenge Mematikan

Skip Challenge

Assalamualaikum & Hi !

Skip Challenge atau pun Pass-out Chanllege baru-baru Viral di Malaysia, Challenge nak ‘Mati’ sementara. Gila apa.. Mati nie mana boleh buat main di ‘challenge’-‘challenge’ kan.. Pelik betul budak-budak zaman sekarang.. Zaman saya dulu takdak benda-benda pelik gini, yela kan zaman dulu mana ada kemudahan internet di hujung jari. Parents kena lebih waspada dengan anak-anak, jangan begitu mudah belikan ‘Smartphone’ yang semakin membarah nie..

pass out challenge

skip challenge mematikan

 

Komen Netizen

“Tekanan Dada. Bukan permainan!

Katanya benda ni dah jadi game.
Pass out challenge namanya.
Ada panggil choking games
Ada panggil skip challenge.

Benda ni, bukan boleh ikut suka

Kau tekan tulang selangka dia.

Kemudian tekanan tu akan sebabkan gangguan dalam degupan jantung.

Bila ada gangguan, peredaran darah ke otak juga akan kurang. Jadi automatik oksigen juga semakin kurang ke otak.

Bila oksigen berkurang ke otak. Tahap kesedaran juga akan semakin berkurang. Paling tenat, tuan badan pengsan atau mati.

Tidak ada game nak tunjuk acah macho.
Tidak ada game nak tunjuk kau hero.

Adik, lokasi jantung kat kiri.
Kalau accident ada hentakan kat dada pun kita ambil berat.

Kau boleh buat main, siap boleh gelak.

Hal jantung, peredaran darah serta oksigen ke otak ni bukan perkara main2.

Cuba perhati kawan tu collapse sekejap. Tu tanda oksigen tak sampai ke otak adik2.
Anda boleh maut sekiranya oksigen tidak sampai ke otak selama tujuh saat!

Satu lagi, bimbang juga kalau tekan terlalu kuat jadi lak kepatahan pada tulang selangka.

Dah patah, tulang tu pula menusuk masuk menikam organ dalaman yang penting seperti paru-paru atau jantung lalu menyebabkan pendarahan dalaman.

Dah jadi kes jenayah adik2 oii.

Notakaki:
Kalau jadi apa2. Masa tu nangis pun tak guna. Elok Allah dah bagi elok bernafas. Nak main skip 5 saat kenapa hadik.

#BelNawhen
Game sekarang tak extreme memang tak wechat ke?
#SayaJururawat ” – Credit FB: Bel Nawhen

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *