Kenapa Surah Al-Kahfi berkait dengan Fitnah Dajjal

Surah al kahfi dan kaitannya dengan dajjal

Assalamualaikum & Hi !

Ini adalah post thread dari twitter yang saya jumpa.. harap bermanfaat ya! =)

Surah al Kahfi mengandungi 4 kisah utama:

  1. Pemuda gua
  2. Pemilik kebun dan rakannya
  3. Nabi Musa & Khidir AS
  4. Zulqarnain

Ramai yang tahu nie tapi tak dapat nak relate dengan dajjal. Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (dajjal) yang dasyat:

  1. Pemuda gua – fitnah aqidah/iman
  2. Pemilik kebun dan rakannya – fitnah harta
  3. Nabi Musa & Khidir AS – fitnah ilmu
  4. Zulqarnain – fitnah kekuasaan

4 fitnah ini juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti! Dah mula nampak perkaitan surah al kahfi dengan dajjal?

Disinilah releven nya baca surah al kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah dajjal. Sebab surah ini bukan bercerita, tapi bagi solusinya juga.

Bagaimana?

  1. Fitnah Aqidah – Bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat.
  2. Fitnah Harta – Mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal dan banyak meningati mati/akhirat.
  3. Fitnah Ilmu – Kena tawadhu & merendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak sombong untuk menuntut ilmu dari Khidir.
  4. Fitnah Kekuasaan – Kena tawadhu & ikhlaskan diri, sebagaiman Zulqarnain seringkali mengingatkan diri bahawa kekuasaannya dari Allah.

Disebalik 4 kisah & pengajaran ini, surah al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi. Tema utama surah ini adalah DAKWAH!!

Bukankah para pemudi al kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?

Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu dakwah?

Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak murid selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?

Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya?

Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnah dajjal, kita perlu berdakwah.

Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita dan orang ramai dari fitnah-fitnah ini. Aslih nafsak, wad’u ghairak!

Fitnah Dajjal ada 4. Fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa. Bagaimana?

  1. Fitnah Iman
    • Nanti dajjal keluar, dia akan mengaku dia tuhan. Dia tunjuk syurga dan neraka, hidupkan orang mati.
  2. Fitnah Harta
    • Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi untuk tarik manusia jadi pengikutnya.
  3. Fitnah Ilmu
    • Dia akan tunjukkan benda-benda yang manusia tidak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ini manusia ingat mustahil.
  4. Fitnah Kuasa
    • Dia akan menjadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).

Kalaulah baca dan amalkan al kahfi boleh melindungi kita dari segala fitnah (dajjal), dan tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah-fitnah yang lain.

Maka marilah kita istiqomah dan beriltizam membaca surah al kahfi setiap hari Jumaat dan membaca Al Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!!

Hanya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu kejadian.

**SURAH AL KAHFI**
(Hadith)
Orang yang membaca surah al kahfi setiap hari jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit.

Orang yang membaca/mengamalkan surah al kahfi juga akan terhindar dari fitnah dajjal.

 

Credit: Azwan UTM JB
Perkongsian dari Ustaz Hashim Al-Maranji
Credit Twitter: @naharasman

Related Posts:

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookVisit Us On PinterestVisit Us On YoutubeVisit Us On Instagram