Problem Install Microsoft Office 2016 For Mac [SOLVED]

Office-2016-Home-and-student-1-mac

Assalamualaikum & Hi !

Minta maaf entry agak panjang sikit.
Ok, seperti yang dijanjikan, saya akan cerita pasal Microsof Office untuk Mac.
Seperti yang kita sendiri sedia maklum, Mac takde MS Office, sebab Mac ada PAGES, NUMBERS, KEYNOTES, iMOVIE dan etc khas untuk OS X dyorang.
So, sebagai student universiti..majoriti banyak yang menggunakan MS Office seperti WORD, EXCEL, POWERPOINT dan sebagainya. File nya tak sama, so agak susah kalau nak buat kerja lagi-lagi kalau berkumpulan. Student lain PC user, kau je MAC user. Kan dah menyusahkan kalau kerja berkumpulan.

Alhamdulillah saya berjaya install MS Office dalam Macbook saya. Ada setengah orang akan pakai Parallel Desktop sebagai alternatif. Tapi saya tak guna Parallel Dekstop sebab susah nak cari, ye la..saya kan perempuan mana nak tahu sangat benda-benda gini. Kalau nak beli parallel dekstop agak mahal jugak la. Yang pirate punya saya tak tahu nak cari kat mana. Dan saya tak berapa reti nak install pirate sendiri. Lagi pun saya baru dengan MAC nie. Nanti lain pulak jadinya tak pasal-pasal nangis tak berlagu.

Saya decide untuk guna package MS Office Home and Student 2016. Saya ada jumpa someone, melayu yang boleh tolong install kan package MS Office nie, yang pirod punya dalam RM100 katanya. saya kenal melalui FB Group. Hah! Yang menjadi masalah sekarang saya kurang yakin. huhu.. Sebab proses install orang tue cakap dalam sehari, esok nya boleh ambil Macbook saya. Kena tinggalkan Macbook kat dia. Haaaa…tue yang saya risau, saya tahu memang lama kalau nak install, huhuhu.. Saya tak cakap orang tue penipu yer, orang tue ada kedai kat lowyat. Terpulang kat korang sama ada nak hantar service atau pun tidak.

Saya cuma was-was ja, orang kata kalau ada perasaan was-was tue lebih baik tinggalkan. Lagi pun saya di Perak, kedainya di Kuala Lumpur. Fahamkan situasi saya macam mana ^^, so, perasaan risau dan was-was itu tak dapat di elakkan. heeeeee….

Problem Install MS Office 2016

MS Mac
“verifying….. .pkg”

Selepas saya install .pkg MS Office file.
Saya tekan double click kat file tue, dan “verifying…..” nie muncul tak bergerak langsung.
Lama jugak la kann.. Saya tak boleh install MS Office. Tue yang saya terus contact staff kedai.
Rupa-rupanya kena setting dekat Keychain Access sebab apa ntah security kat Mac. Saya tak berapa nak faham sangat. Saya akan jelaskan step-step yang korang kena buat untuk settlekan masalah nie.

STEP 1
Install balik .pkg MS Office tadi.

STEP 2
Buka Keychain Access >> Preferences >> Certificates
Turn off kedua-dua nya. Dua yang pertama tue yang dalam gambar.

keychain mac

STEP 3
Restart lappy

STEP 4
Double click .pkg file tadi.

Kemudian selepas sehari install berjaya, saya betulkan balik daripada ‘Off’ kepada ‘Best Attempt’ semula.
Then, saya restart semula. Saya tak pasti yang step nie. Selepas tue saya try buka semula MS Office, dan masih okei lagi buat masa nie, InsyaAllah.

Walahhhh… Selamat Mencuba yer.

.

.

 

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *