[REVIEW] Portable Fridge Peti Ais Mini 12 Liter | Lazada Malaysia

Portable Mini Fridge 20L (Dual-Core) Refrigerator 12V And 220V Cooler/Warmer Car & House Use

Assalamualaikum *& Hi !

Peti Ais Mini? Pernah nampak tak ada jual di kedai-kedai biasa? Agak rare.. sangat jarang jumpa, Betul tak?

Saya lagi la kuno, langsung tak pernah dengar atau terlintas di fikiran ini pasal peti ais mini. LAZADA nie memang “gila”. Benda-benda macam ini pun mereka jual. Segala benda mini ada. Hahaha.

Sejarah saya beli peti ais mini ini sebenarnya sebab saya nak duduk bilik sewa sementara tengah praktikal di Bangi. Mula-mula ingat nak beli peti ais yang biasa. Tapi rasa macam besar pula nak letak di bilik. Saya cuba cari di LAZADA, di search box saya taip la “peti ais” lepas tu ada keluar “mini” kat hujung tu. Apa lagi… klik la kan.. hambikkk, banyak betul benda rare. Banyak pilihan. Saya beli yang PETI AIS 12 LITER. Harga pun berpatutan sebab saya beli masa promosi. Hah! sekarang semakin hampir Chinese New Year kan! Comfirm promosi meletop kaw-kaw! di LAZADA.

Sepanjang peggunaan, Alhmadulillah sangat-sangat terbaik. Cuma korang tak boleh la nak letak banyak-banyak. Ater nyer nama pun mini. Peti Ais nie ada dua fungsi (1) cool (2) warmer. Kebanyakkan yang saya tengok komen pembeli di PETI AIS MINI untuk simpan susu ibu dan budak-budak asrama. So, ikut koranglah kan. heeeee.

PETI AIS MINI ini saya buat untuk simpan air tin, air kotak, botol 1.2 liter, sayur-sayur untuk masak, coklat dan macam-macam lagi la.. asalkan kecil dan muat. Ok, sebelum tue, untuk penggunaan sejuk, peti ais nie tak boleh beku tau..nama pun mini. TAPI sebelum nie saya ada simpan lauk berkuah untuk makan esoknya. Saya simpan sehari dah beku kuah tue, esoknya boleh panaskan balik makanan tue. HEBAT betul.. cuma air je tak beku.

Peti Ais ni boleh digunakan untuk rumah dan juga kereta. Korang akan dapat 2 jenis cable. Cumanya barang nie China punya. So, korang kena prepare sendiri kepala socket universal. Kalau korang beli yang local, takda masalah, tak perlu beli socket tue.

Cepat pergi serbu LAZADA. Cuma PETI AIS 12 LITER nie saya rasa stok dah habis.. Jangan risau. 10 LITER pun ok dah. Di sini saya share video PETI AIS 12 LITER yang saya beli.

Share This:

2 thoughts on “[REVIEW] Portable Fridge Peti Ais Mini 12 Liter | Lazada Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookVisit Us On PinterestVisit Us On YoutubeVisit Us On Instagram