Sehari Musafir bersama Mobile Unifi Simkad

Assalamualaikum & Hi !

Kita sedia maklum Unifi buat promosi besar-besaran untuk mobile simkad FREE khas 1 juta pengguna dengan 20GB (4g) dan 50MB (3g). Cara untuk dapatkan simkad unifi nie korang boleh google sendiri ya, saya cuma nak cerita pengalaman saya menggunakan mobile Unifi ini. Sama ada berbaloi atau tidak untuk diteruskan selepas data kuota 20GB percuma dah habis nanti.

FIRST TIME LOGIN

Sebelum memulakan perjalanan musafir saya dari Teluk Intan ke Banting, saya aktivate kan simkad Unifi nie. Kira untuk first time penggunaan.

unifi #pilihapasaja

unifi #kredittakmati

Part nie saya suka sebab takde expiry dates. So, tak lah membazir duit nak beli kalau data tak habis lagi kan.

 

unifi #bayarbilabila

Reload di apps nya. Android dan iOS boleh download. Cari je mobile@unifi.

 

Unifi I am #bebas

Free 20GB LTE saja. Hmmm part nie hampehhh.. kejap lagi saya cerita..

 

Click ‘GO TO MY ACCOUNT’

Click ‘FIRST TIME LOGIN’

Masukkan no korang. Click “HERE YOU GO”

Nanti korang akan dapat mesej verificatio code.

Home page nya macam nie yer.. Ada dua, 20GB & 50Mb. Yang 50MB tue saya dah terhabis guna.

20GB data percuma unifi

Ini data yang tinggal setelah seharian saya guna sepanjang saya bermusafir, saya cuma bukak FB, IG dan Maps saja.

 

Kegagalan Utama Simkad Mobile Unifi 

Kegagalan? Hah! Saja bagi gempak sikit bagi korang rasa nak tahu lebih-lebih sikit. Hahak. Ok, sepanjang saya musafir nie kan yang paling tak best line 4G LTE. Gila laaaa.. Dari teluk intan ke Banting sudah tentulah lalu kawasan-kawasan kampung, serius terus hilang internet. TAPI line telefon ada la kome. Line internet jer takde. Mobile Unifi untuk internet nie boleh dapat line kawasan 4G LTE saja. Sedihhhh!

3 Sebab Korang Kena Buang Simkad Mobile Unifi

  1. Heavy User – kalau korang jenis buka internet 24jam, rasa macam tak berbaloi ambil simkad nie. Kenapa? sebab mahal wei kalau nak reload. Selepas habis data 20GB nie korang kena reload la kan untuk terus menggunakan perkhidmatan ini. Paling murah RM13 (1GB), RM15 (2GB), EM30 (4GB), RM50 (8GB). Mahal ke mahal??
  2. Coverage 4G LTE – kalau kawasan yang takde coverage 4G LTE nie, lebih baik korang tak ambil melainkan kalau korang just nak pakai line telefon tanpa internet boleh je ambil. Tapi sebab utama simkad nie pelanggan tertarik dengan plan internet. Betul ke betul??
  3. Waze user – hah! Yang nie bahaya sikit kalau korang 100% bergantung dengan waze. Kenapa pulak? Yela kan, dibuatnya kawasan korang lalu tiba-tiba 3G, tak ke haru biru jadinya.

3 Sebab Korang Kena Pakai Simkad Mobile Unifi

  1. Light user – kalau korang jenis tak berapa sangat dengan internet nie, boleh la guna sebab simkad nie takde expired date.
  2. Expiry Dates – hah! Ini best sikit kalau korang jenis yang light user, sebab korang boleh jimat sikit duit, korang pakai sampai habis. Dah habis baru reload, takde le membazir topup setiap bulan, tapi jarang guna semakin bertambah duit dalam kredit jer.
  3. Budak Bandar – kalau korang duduk kawasan bandar dan coverage pun sampai 4G LTE, bolehlah amik simkad nie.

Trend Plan Internet Simkad di Malaysia

Mengikut perhatian saya la kan.. Syarikat-syarikat telco nie berlumba-lumba buat promosi plan internet. Ada yang sampai 100GB. Bapak ahh segala GIGA.. Tapi deme nie buat research dulu tak pasal coverage.. Aduyaiii.. coverage tue penting nak tarik new customer.

Penutup

Ok, itu saja.. nak tambah boleh komen dibawah ini ya. Saya mungkin akan kembali kepada DIGi, hahah.. digi line internet kawasan kampung pun dapat wei.. sebab saya duduk kampung jaaaa…hmmm..

 

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookVisit Us On PinterestVisit Us On YoutubeVisit Us On Instagram