Fenomena Tabung Harapan Malaysia

Assalamualaikum & Hi…. MALAYSIA !!

Wahhhhh, kali ini sejarah baru betul-betul tercipta untuk Malaysia Baru. Tanggal 30 Mei 2018, kerajaan secara rasminya melancarkan TABUNG HARAPAN MALAYSIA.

Tabung Harapan Malaysia

Tidak kurang 24jam selepas diumumkan, sumbangan rakyat mencecah RM7 Juta lebih setakat jam 3PM, 31 Mei 2018.. Ini adalah sesuatu yang luar biasa berlaku dalam negara kita setelah gelombang rakyat pada 9 Mei 2018.

Kerajaan minta duit rakyat dengan Tabung Harapan Malaysia???

Benda ini saya perasan masa LIVE Tun Mahathir di FB, di ruangan komen ramai yang mahu memberi sumbangan untuk bantu meringankan bebanan hutang negara yang kian meruncing hasil urus tadbir buruk pemerintah dahulu.

Tetapi masih ada lagi segelintir rakyat dan ‘pembangkang’ lantang mengkritik tindakan ini dengan menyatakan kerajaan ‘minta’ duit rakyat. Hmmmm…secara logik akal la kan.. ‘MINTA’ dan ‘MEMBERI’ adalah dua benda yang berbeza kan??

Tabung ini bermulanya dari rakyat sendiri. Kerajaan hanya menyediakan satu platform sumbangan ini disalurkan pada satu sumber sahaja supaya dapat diurus tadbir dengan lebih telus. Kalau tak silap saya (*betulkan jika saya silap), rakyat sebelum ini nak beri sumbangan kepada kerajaan dengan wakil-wakil berbeza untuk sampaikan kepada kerajaan. Ini yang membimbangkan kerajaan sekiranya berlaku ketirisan dengan adanya pihak ketiga atau orang tengah ini. Oleh itu, lebih baik direct saja pada kerajaan (Tabung Harapan Malaysia).. betul tak??

Ok. Ini dah cukup simple saya nak jelaskan. Kalau tak faham juga, tak tahu la. Saya cuba bagi anologi lain yer..

Abu hutang Leman, Abu nak bayar hutang pada Leman. Abu datang rumah Leman tapi Leman takda kat rumah, cuma housemate nyer je ada. Oleh itu, Abu pass kan duit kat housemate Leman sebab Abu ada urusan lain. Agak-agak Leman dapat tak duit tue full??

MasyaAllah, kalau tak faham lagi boleh komen di bawah ya. Bagi pendapat masing-masing mengenai isu ini.

Tiada Paksaan, Tidak Wajib

Tabung Harapan Malaysia – tiada paksaan, yang nak derma silakan, yang tak nak derma takpa takda masalah.. Ouh ya, yang menjadi lebih pelik, segelintir rakyat yang mengkritik ini bukannya derma pun, malah tiada kesan langsung pada duit poket mereka. Sekiranya memberi kesan teruk terhadap ekonomi mereka (yang tidak menderma) sila share di ruangan komen, mungkin ada fakta yang terlepas pandang.

Artis dan Public Figure Menyatakan Sokongan

Hafiz Hamidun

Hafiz Hamidun

Nourul Depp

 

Alif Satar

Alif Satar

Suami Fauziah Ghous

micheal ang

Ebit Lew

Syukur pada Allah saya baru sempat nak transfer kerana Allah demi negara tercinta. Doakan supaya setiap ringgit kita belanjakan di jalan Allah akan digandakan 700 kali. Kita semua sebuah keluarga. Semoga negara dan setiap negeri di Malaysia ini sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.. Mulakanlah bantu keluarga kita lepas tu kita bantu orang lain..semoga Allah maafkan kita semua..jangan kedekut pada isteri dan pada mak ayah. Nasib semua orang tak sama.

Pengalaman baru memberi untuk negara kita. Bukan selalu dapat peluang begini. Memberi ini nikmat rasanya jika kerana Allah.. Bila waktu malam saya bungkus 300 bungkus nasi ayam. Dan air kotak dll. Pusing kl lihat keadaan masyarakat duduk bawah jambatan, lapar dan sakit. Terfikir sedang saya makan kenyang dan tidur lena ada orang susah. Saya beri mereka motivasi. Lihat wajah, pakaian mereka rasa sedih. Selasa ni nak pusing lagi. Nak suap mereka dan peluk anak remaja ini. Mereka mesti rindu kasih sayang ibubapa dan keluarga.. Paling sedih anak remaja kita ada yang tinggal sama sendiri. 18 orang dalam bilik kecil. Ada yang ada masalah keluarga dan kehidupan..kecil-kecil lagi. Saya teringin sangat nak siapkan resort untuk dijadikan tempat motivasi dan training untuk semua golongan. Beri mereka motivasi bulanan. Lepas tu dari situ hantar mereka ke tempat yang sesuai. InsyaAllah satu hari nanti jika ada kemampuan nak beli tanah untuk tujuan itu..saya juga berdoa satu masa nanti dapat beri kursus untuk semua kementerian agar sama-sama kita belajar berjalan setiap malam melihat keadaan masyarakat kita… Sahabatku semua ingatlah dengan memberi membersihkan jiwa. Carilah orang miskin dan anak yatim. Ini bulan rahmat. Bulan sedekah..bulan kasih sayang. Bulan rezeki. Bersihkan hati dan lihatlah sesuatu dengan iman –

-Ebit Lew-

Artis dan orang ramai turut menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia

Salah faham segelintir rakyat terhadap Tabung Harapan Malaysia
.
.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookVisit Us On PinterestVisit Us On YoutubeVisit Us On Instagram