[Ringkasan] Sidang Media YAB Perdana Menteri selepas Mesyuarat Kabinet 6 Jun 2018

Sidang Media YAB Perdana Menteri selepas Mesyuarat Kabinet 6 Jun 2018

Assalamualaikum & Hi !!

Sidang Media YAB Perdana Menteri selepas Mesyuarat Kabinet 6 Jun 2018… Ini saya senaraikan apa yang saya dapat tangkap masa LIVE FB Tun Mahathir, kalau untuk details lebih tepat dan jelas korang boleh refer pada website berita official yer. Kalau saya ada silap atau terlepas maklumkan yer.

Ringkasan 

  1. Gabenor Bank Negara letak jawatan, belum ada penganti dan akan diumumkan kemudian.
  2. Bahasa Inggeris perlu dikuasai oleh semua pegawai tinggi kerajaan kerana sering kali akan perlu mengadakan rundingan dengan pihak asing dan ujian kompentasi akan diadakan ke atas pegawai kerajaana berkenaan dengan penguasaan bahasa inggeris.
  3. Bantuan Sara Hidup (BSH) yang telah dijadualkan dalam masa terdekat akan dibayar mengikut kelayakan sedia ada dan untuk masa akan datang, kelayakan BSH akan dikaji semula.
  4. Peruntukan Ahli Parlimen sebanyak RM500K, dan RM200K bagi pusat khidmat ahli parlimen akan disalurkan sebelum perayaan Hari Raya Adilfitri
  5. Inovasi untuk meningkatkan kecekapan kerajaan. Kerajaan akan menghantarkan pasukan ke India untuk menkaji idea-idea inovatif yang di usahakan oleh kerajaan India bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.
  6. Kerajaan berpendapat adalah baik jika tidak ada kapal perang yang ditempatkan di Selat Melaka & Laut China Selatan.
  7. Dalam usaha kerajaan mencegah rasuah, rakyat perlu diperjelaskan bahawa usaha mencegah rasuah bukan hanya tanggungjawab kerajaan tetapi juga rakyat. Pemberian wang untuk mendapat sokongan rakyat juga adalah suatu bentuk rasuah.
  8. Pembangunan Usahawan Luar Bandar, kerajaan akan mengkaji inisiatif bagi penggalakkan penggunaan mesin dan teknologi bagi meningkatkan kualiti produk yang dihasilkan oleh usahawan luar bandar. Latihan kemahiran pemasaran termasuk secara online akan turut diberi. Kerajaan akan berusaha untuk mempermudahkan penggunaan online sale supaya kita (kerajaan) dapat menolong pengusaha-pengusaha kecil.
  9. Kelonggaran syarat pinjaman. Syarat-syarat pinjaman bank yang ketat akan dikaji semula untuk membantu usahawan-usahawan kecil. Mekanisma tertentu akan turut diperkenalkan bagi mempermudahkan golongan muda untuk membuat pinjaman pembelian rumah pertama.
  10. Pautan (linking) dagangan antara bursa-bursa saham Malaysia dan Singapura, kerajaan akan mengkaji semula pautan ini.
  11. Kerajaan akan mengkaji semula dasar monopoli, sama ada kita perlu mansuhkan, atau kita perluaskan atau pun kita hadkan kepada sebilangan yang kecil.
  12. Jawatan Siasatan Tadbir Urus, YB Tan Sri Ambrin Buang, bekas ketua audit negara akan dilantik sebagai pengurusi Jawatankuasa Siasatan Khas isu-isu tadbir urus, perolehan dan juga kewangan bermula dengan Kementerian Pertahanan.
  13. Kajian semula kurikulum pendidikan negara, sebuah jawatankuasa yang meliputi pakar-pakar bukan kerajaan akan diwujudkan untuk menambahbaik kurikulum pendidikan dari peringkat taska sehingga ke universiti. Ini termasuk mengambil kira kurikulum dari negara-negara luar dan turut meliputi aspek-aspek tertentu seperti kesedaran sivik dan sebagainya.
  14. Kerajaan akan memohon perkenan YDPA untuk memanggil Parlimen mula bersidang pada Isnin, 16 Julai 2018.
  15. Kerajaan akan memohon perkenan YDPA untuk berangkat istiadat pembukaan penggal pertama Parlimen ke-14 pada Selasa 17 Julai 2018, dan seterusnya melafazkan titah Diraja.
  16. Mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-14 akan bermula pada 16 Julai 2018 selama 20 hari.
  17. Lawatan kerja ke Tokyo Jepun, melibatkan Perdana Menteri Tun Mahathir dan akan diiringi isteri pada 10-12 Jun 2018 bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa Future of Asia ke-24 pada 11 & 12 Jun 2018.
  18. Agensi pengurusan bencana negara, Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan mesyuarat ke-32, Asian Committee Disaster Management dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan di Kuala Lumpur pada 26-28 Jun 2018.
  19. Mesyuarat ke-33 ACDM, mesyuarat ke-6 menteri-menteri ASEAN dalam pengurusan bencana & mesyuarat ke-7 Conference of the Parties di bawah ASEAN aggrement on disaster management and emergency response di Kuala Lumpur akan diadakan pada 9-12 Oktober 2018.
  20. YAB Timbalan Perdana Menteri sebagai pengerusi jawatankuasa bencana negara akan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat berkenaan.
  21. Kementerian Kesihatan akan menganjurkan satu persidangan 3rd Asean Denggi Summit di Kuala Lumpur pada 5-6 Julai 2018.
  22. Sambutan Hari Denggi Asean 2018 di Selangor pada 7 Julai 2018.
  23. Skim Kawalan Harga pada Hari Raya Aidilfitri. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan akan melaksanakan Skim Kawalan Harga musim perayaan Hari Raya Aidifitri dari 8-22 Jun 2018 bagi 22 jenis barang kawalan.
  24. Laporan kanak-kanak pingiran. Satu kaji selidik mengenai kemiskinan dan penafian hak kanak-kanak bandar di flat kos rendah di Kuala Lumpur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengkaji isu kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak miskin bandar termasuk Putrajaya.
  25. Project Multi-product pipeline & Trans Sabah gas Pipeline oleh Suria Strategic Energy. Kaedah pembayaran project Multi-Product pipeline &Trans Sabah gas pipeline berdasarkan time palsu akan dikaji semula. Bagi tujuan ini, YB Menteri Kewangan bersama pegawai SPRM akan ke Republik Rakyat Cina untuk mengadakan rundingan dengan pihak-pihak berkaitan.
  26. Tindakan susulan hasil dapatan terkini siasatan jenayah tragedi MH17. Jabatan Peguam Negara bersama-sama Kementerian Luar Negeri akan mengkaji dengan teliti tindakan susulan yang boleh diambil ke atas pihak bertanggungjawab berdasarkan hasil siasatan jenayah MH17.
  27. Skim Peduli Sihat Nasional. Kementerian Kesihatan akan mengkaji option-option perluasan Skim Peduli Sihat Nasional ke seluruh negara bagi menyediakan pelindungan Takaful kepada golongan yang berpendapatan rendah.
  28. Bayaran insitif khas Aidilfitri kepada peneroka FELDA & FELCRA sebanyak RM450 akan diberikan kepada semua peneroka FELDA termasuk non-member FELDA dan juga FELCRA. Bayaran insitif ini akan disemak semula pada tahun 2019 dimana peerima Bantuan Sara Hidup tidak lagi layak menerimanya.
  29. Penyelarasan institusi-institusi latihan kemahiran. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bersama Kementerian Tenaga Manusia akan membentangkan memorendum Jemaah Menteri mengenai penyelarasan semula fungsi institut-institut latihan kemahiran dibawah kepelbagai kementerian bagi mengelakkan pembaziran dan pada masa yang sama memaksimumkan usaha untuk memberikan latihan kepada golongan muda.
  30. Pengambilan alih fungsi spec oleh Kementerian Pengangkutan. Fungsi spec akan diambil alih oleh agensi pengangkutan darat di bawah Kementerian Pengangkutan dan akan melaksanakan fungsi-fungsi dasar dan pembangunan pengangkutan awam darat.
  31. Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India akan di adakan dalam masa terdekat untuk menangani isu-isu masyarakat India.
  32. Penyelarasan badan-badan & institusi-institusi di bawah kementerian. Badan2 & intitusi2 di bawah pelbagai kementerian akan diselaraskan semula untuk mengelakkan pertindihan dan mengoptimumkan pengunaan sumber-sumber.
  33. Pemotongan elaun keraian penjawat awam Gred JUSA A dan ke atas. Elaun keraian penjawat awam Gred JUSA A dan ke atas akan dipotong sebanyak 10% sebagai langkah penjimatan kerajaan berkuatkuasa Julai 2018.

Full Video DISINI

Beberapa klip respons sporting Tun M

Ini sekadar ringkasan saya bukan lah expert. Harapnya netizen tidak mudah ‘melatah’ dengan setiap Sidang Media LIVE yang telah dibuat. Ada setengahnya tengok separuh-separuh terus ‘melatah’. Ini saya senaraikan apa yang saya dengar. Dan mungkin mereka ini lebih suka membaca dari mendengar dari LIVE video. Moga dapat maklumat yang tepat dan sahih.

 

 

 

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookVisit Us On PinterestVisit Us On YoutubeVisit Us On Instagram