Kerajaan Baru Melawan Rasuah [Sidang Media YAB Perdana Menteri, 8 Jun 2018]

Sidang Media YAB Perdana Menteri 8 Jun 2018

Assalamualaikum & Hi ..!

8 Jun 2018.. Handset HH dapat FB notification LIVE Tun Mahathir. Apa lagi, cepat-cepat lah HH buka TV1. Ini kali pertama HH mengikuti setiap LIVE Perdana Menteri sejak peralihan kuasa berlaku pada 10 Mei 2018. Iyala kan.. nak tahu la apa perkembangan terkini kerajaan baru. Masa kerajaan lama HH tak ada lah semangat macam nie sebab kerajaan lama kebanyakannya ‘janji dicapati’ dah terbiasa dengan janji-janjinya dan boleh predict apa yang berlaku, seterusnya ambil langkah ‘berdiam diri’ sebab takut dikenakan ‘tindakan’ kalau bersuara.

Untuk kali ini, rata-rata rakyat sentiasa mengikuti LIVE FB Tun Mahathir, tak kira sama ada pro kerajaan mahupun pembangkang baru. Yang menyokong kerajaan kebanyakkannya nak tahu apa latest news manakala pembangkang baru pula sehabis mungkin nak detect sekecil-kecil kesilapan dan spin sehabis mungkin berita.. ooopppsss!!

Ok. Ini apa yang HH dapat tangkap masa LIVE Tun Mahathir. Seperti biasa, untuk maklumat yang lengkap korang boleh baca di laman rasmi berita semasa yang sahih yer. Ini sekadar notes HH sebagai rujukan di masa akan datang. Mana tahu, di masa depan nanti anak cucu cicit nak tengok sejarah Malaysia Baru.

Pembukaan Ucapan Tun Mahathir

  1. Satu kes, sebuah syarikat yang bekalkan elektrik (kontrak) kepada sekolah diperuntukkan lebih RM1billion tapi tidak buat apa-apa tetapi sudah kutip daripada kerajaan. Nothing underground.
  2. Penyelewangan berlaku (kebanyakkan) adalah dari pemberian kontrak. 
  3. Didapati seseorang pegawai memegang sehingga 68 jawatan dalam pelbagai syarikat. Ini akan dikurangkan mengikut keperluan bahkan tidak boleh lebih dari 5 jawatan.
  4. Menteri-menteri, Timbalan menteri, Setiausaha politik dan sebagainya hendaklah mengisytiharkan harta mereka. Isytihar Harta disampaikan kepada PM, tetapi PM tak boleh simpan maklumat yang diterima kerana laporan itu akan disampaikan kepada agensi yang bertanggungjawab berkenaan dengan pencegahan rasuah. PM tidak boleh sembunyikan rasuah yg dilakukan oleh anggota pentadbiran yang lain.

Ringkasan Keputusan yang diputuskan untuk Peengetahuan

  1. Komited membebaskan negara daripada rasuah.
  2. Governance Integriti dan Anti-Rasuah dan Hak Asasi Manusia – (GIACC)
  3. J/K Kabinet mengenai keutuhan kerajaan diaktifkan semula dan ditukar nama kepada J/K Anti-Rasuah.
  4. Menubuhkan Pusat GIACC –
    • melaporkan terus pada PM bagi membolehkan usaha menyelamatkan negara daripada rasuah terus berleluasa dapat dilaksanakan dengan segera.
    • fungsi pusat ini selain daripada menasihati, merancang, menyelaras, memantau, menilai dan melapor semua perkara berkaitan GIACC juga bertanggungjawab kepada hal-hal yang berkaitan dengan hak asasi manusia bagi pihak kerajaan.
  5. Dasar jangka panjang- Plan Anti-Rasuah Nasional akan digubal bagi memboleh isu-isu GIACC dapat ditangani secara menyeluruh dan Plan ini juga akan menggantikan Plan Integriti Nasional (PIN).
  6.  Dasar Bersepadu (arahan PM) akan dikeluarkan segera kepada semua Unit Integriti di setiap kemenenterian, jabatan, dan agensi sebagai satu hala tuju negara yang diselaraskan oleh GIACC.
  7. Sebagai permulaan, semua kementerian dikehendaki mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga isu atau kelemahan undang-undang dasar atau peraturan sedia ada yang perlu dikaji semula bagi mengurangkan masalah rasuah di bawah kawalannya. Laporan ini perlu dikemukan (tempoh sebulan) pada GIACC.
  8. Kerajaan juga akan memberi pertimbangan untuk merangka satu undang-undang yang boleh mengambil tindakan primitif ke atas pegawai yang sengaja menyebabkan ketirisan, pemborosan atau pembaziran kepada dana kewangan kerajaan.
  9. Politik wang. Rang undang-undang pembiayaan politik akan digubal dengan kadar segera.
  10. Dasar pemberian hadiah kepada anggota pentadbiran awam (buat masa ini fokus kpd penjawat awam). PM telah mengarahkan supaya jabatan Perdana Menteri mengadakan polisi tidak menerima hadiah.
  11. PM menetapkan buat masa ini supaya Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN), Institut Integriti Malaysia (IIM), Biro Pengaduan Awam (BPA), Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan diletakkan dibawah GIACC bagi memastikan struktur berfungsi baru ini tidak bertindan, mengambil kira penjimatan kos kerajaan, dan menyemak semula jumlah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
  12. GIACC perlu menyelaras dan mengemukakan input cadangan mekanisma penstrukturan semula agensi-agensi berkenaan pada Jabatan Perkhidmatan Awam.

Video penuh DISINI.

Sidang Media 8 Jun 2018

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookVisit Us On PinterestVisit Us On YoutubeVisit Us On Instagram