Sambung Master di UPSI ..???

Assalamualaikum/Hi !

Entri kali ini HH share serba sedikit mengenai sambung master di UPSI. Info yang akan HH share bukan lah detail, ini sekadar pengalaman sahaja, dan akan di update dari semasa ke semasa. Mungkin entri ini boleh membantu sedikit sebanyak maklumat yang diperlukan. Tak semua orang sama situasi, ikut kesesuaian sendiri. OK ! =)

 

Kenapa sambung MASTER?

Sambung Master atau terus kerja selepas habis degree? Ini yang selalu difikirkan. Selepas habis praktikal sebenarnya HH dipujuk oleh assistant supervisor untuk terus sambung kerja kat situ. Tetapi atas beberapa faktor HH dengan berat hatinya terpaksa menolak ajakan tersebut, mungkin bukan rezeki disitu. 

Habis saja praktikal HH apply beberapa tempat kerja. Macam biasalah semua tak dapat dan ada yang no response. Memilih kerja? Tidak. HH memilih tempat sebab nak dekat dengan mak. Setelah sekian lama merantau negeri orang, teringin pula di negeri sendiri dan boleh tengok-tengok kan mak.  

HH bukanlah jenis penunggu mengharapkan bulan jatuh ke riba. Tidak sama sekali!!! I need to do plan B. Jadi penganggur lama-lama ini tak elok dengan usia yang makin meningkat. HH ambil peluang ini untuk sambung Master, lebih baik sambung belajar sementara masih muda & tiada komitmen berkeluarga. Sepanjang tempoh ‘menganggur’ tue HH tidaklah goyang kaki saja. Nak sambung Master kena ada duit. Kerja susah dapat, apa yang HH buat adalah freelance dengan berbekalkan ilmu dan skill yang ada nie la untuk buat side income. Alhamdulillah boleh tampung kos yuran pengajian. Kenapa tak apply pinjaman jer? HH sebenarnya taknak buat pinjaman pelajaran sebab dah cukup banyak hutang masa diploma & degree (UniKL). 

 

Hari Pertama di UPSI

Cara mohon masuk UPSI, HH tidak akan ceritakan disini sebab panjang pulak nanti, kalau ada yang request HH akan share kan. Hari pendaftaran 4/9/2018 bagi pelajar master & phd dan itulah kali pertama HH jejak ke IPTA setelah sekian lama berada di IPTS. Hahahahk…. Banyak benda yang HH tidak familiar di IPTA. So, banyak jugaklah terpinga-pinga. Ini yang HH akan share kan yer.

Kampus lama & Kampus baru

HH exUniKL MIIT, kampus kami satu bangunan saja dipisahkan dengan level. Bila masuk UPSI memang pening lah dengan bangunan berlambak, singkatan nama lagi. Bagi yang first time jejak kaki kat sini, manalah nak tahukan singkatan nama bangunan bila mereka gunakan istilah pendek. So, kena rajin bertanya sebenarnya. 

Untuk daftar, mak teman HH, risau anaknya…huhu.. Macam biasa, sebelum mulakan perjalanan kena la WAZE. Bila guna waze, HH taip je UPSI dibawanya ke Kampus lama. Apa yang memenatkan, pak guard bagitahu daftar kat KAMPUS BARU..!! Terlepas pandang wei, tak tahu pula jarak kampus lama dan kampus baru nie jauh, bukannya jalan kaki. Terpaksalah pusing ke Kampus Baru. Bila nak ke Kampus Baru HH sesat lagi. Bayangkan dengan laparnya, penatnya, panasnya. Memang pening giler.  

KAMPUS LAMA – Kampus Sultan Abdul Jalil Shah

KAMPUS BARU – Kampus Sultan Azlan Shah (Proton City)

Carta Alir Proses Pendaftaran Hari Kemasukan Pelajar Baru

Yang ni kena tengok betul-betul, disebabkan HH dah bayar penuh, gambar photo ID dah ada, medical checkup dah, memang terus skip banyak flow, nak cepat punya pasal malas pikir, dah pening penat bagai. HH terus ke kaunter fakulti. Antara benda penting yang HH terlepas pandang ialah menyerahkan dokumen pemeriksaan lengkap pada pegawai kesihatan, PERCAS, Bahagian Keselamatan (apply sticker kereta). 

Taklimat Fakulti

Untuk taklimat ni, tak banyak yang HH tahu sebab terlewat masuk, taklimat ni di Kampus lama, amik masa jugalah nak gerak ke sana, nak bagi settle hal daftar lagi di kampus baru. Itu yang terlewat tue. Pengajian ni boleh ambil secara part time (kelas weekend) ataupun full time (kelas weekday & kadang2 ada je weekend). 

Orientasi

Unfortunately, i got fever. So, tak pergi pun orientasi tue. Kalau tengok jadual orientasi cuma sehari. Untuk awal pagi jadual banyak yang ucapan & taklimat dari VIP. Cuma nya belah tengahari tue ada taklimat perpustakaan & penggunaan E-Apps, ini penting, terpaksa lah HH rajin bertanya nanti *akan di update kemudian* 

 

Jenis Pengajian

  • Fully research – mode A  
  • Coursework & research – mix mode B
  • Coursework – mode C

HH amik mode C full time, ada pros & cons nyer. Tak banyak info yang boleh share sebab masih baru. InsyaAllah akan di update kemudian. Kelas pulak 3 hari saja. Memang nampak sikit kelas..tapi tak tahu lagi. Bila dah amik Master nie lain sikit, tak sama macam cara belajar diploma/degree. *akan di update kemudian*

 

Penginapan

Buat masa nie HH ulang-alik dari rumah ke kampus. Perjalanan amik masa 1jam lebih. Ini pun satu hal juga kena pikir. Di UPSI ada jer disediakan asrama (terhad) dan ada juga disediakan bilik sewa semalaman khas untuk part time student ataupun HH yang full time pun boleh jugak sebenarnya sebab tak banyak kelas. Kadar sewa dalam RM45~RM60 boleh check disini.

 

Buat masa ini saja yang HH share. Akan di update kemudian yer.

Terima kasih singgah! 

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookVisit Us On PinterestVisit Us On YoutubeVisit Us On Instagram