Antara Punca Perceraian Usia Muda di Malaysia

Assalamualaikum/Hi

Baru-baru ini sedikit hangat di Parlimen apabila YB Hannah Yeoh mendedahkan antara punca perceraian usia muda ialah basuh baju tengah malam & makan dalam kereta. Bunyi macam remeh tapi itulah hakikat realiti sebenar menjurus kepada perceraian. *Ini membuktikan kebanyakkan drama hanyalah dogengan semata* 

Ye, ada betulnya. Kahwin bukan perkara main-main, tengok indah sahaja dalam drama, relationship goal artis-artis di media sosial semua indah belaka. Sebab itulah ilmu rumah tangga sangat penting, bukannya ilmu di atas katil semata. Astaghfirullahazimmmmm… 

Ok, balik kepada cerita di Parlimen, rupa-rupanya YB Hannah Yeoh tidak menyebut kesemua highlight point punca cerai di Parlimen kerana terlalu malu untuk sampaikan hal tersebut di Parlimen.

Twitter 

Facebook

Namun, rakannya YB Fahmi Fadzil telah berkongsi senarai penuh punca perceraian ini di Twitter miliknya.

  • SENARAI PENUH
    • Punggung isteri menggerutu.
    • Suami tidak pandai melakukan hubungan $#*
    • Isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori.
    • Isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di surau.
    • Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai.
    • Isteri suka membasuh baju pada waktu malam.
    • Suami mencurigai setiap tindakan isteri.
    • Isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan $#* dengan pasangan terdahulu.
    • Berbeza fahaman politik.
    • Suami tidak suka isteri makan dalam kereta.
    • Gaji suami lebih rendah.
    • Isteri lambat menyediakan makanan.
    • Pasangan bangun tidur lewat.
    • Suami bekerja tidak tentu masa.
    • Anak demam dan tidak sihat.
    • Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih.
    • Pasangan terlalu cerewet.
    • Pasangan tidur berdengkur.
    • Pasangan gemar membeli-belah.
    • Suami tangkai jering (kedekut).
    • Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju.
    • Berebut rancangan televisyen.
    • Pasangan lupa pam tandas.

Bersediakah anda? Adakah kahwin hanya I Love U, U Love I sahaja. Nak halalkan cinta *atas katil* Cukupkah? 

Perkahwinan adalah suatu bentuk tanggungjawab yang besar, dan bukan main-main. Tak perlu terburu-buru nak kahwin semata-mata teringin sebab semua member korang dah kahwin. Sementara masih muda, carilah ilmu, yang dah kahwin teruskan cari ilmu rumah tangga. Perbaiki mana yang kurang. *Aigoooo*

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookVisit Us On PinterestVisit Us On YoutubeVisit Us On Instagram